Bersama PemimpinKebajikan

TD Hargai Jasa Allahyarham LKpl Mohamad Azrin

KEDAH: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain menzahirkan ucapan takziah dan dukacita kepada isteri Allahyarham Kpl Mohamad Azrin Mohamad Isa, Nor Aqila Syafiqa Safuan serta seluruh ahli keluarga di atas pemergian insan tersayang serta menganugerahkan pangkat Kpl secara posthumous kepada anggota tinjau dari Pasukan Kompeni PANDURA (Para) yang dipercayai lemas ketika menjalani Eksesais Para Predator Siri 1/2021 semasa latihan penyusupan menyeberangi Sungai Pahang pada 29 Ogos 2021.

“Sebagai menghargai khidmat Allahyarham, TD memberi anugerah pangkat Kpl secara posthumous kepada arwah berkuatkuasa serta-merta dimana kita sentiasa mengambil berat kebajikan setiap anggota terutama yang terkesan dengan insiden kemalangan atau kematian tidak kira sama ada kejadian berlaku ketika melaksanakan tugas, operasi atau latihan,” jelas PTD.

Tambahnya lagi, selain kenaikan pangkat, TD turut memberi faedah kelayakan kematian kepada balu, anak dan ahli keluarga serta bantuan-bantuan yang diperlukan dari semasa ke semasa berdasarkan Peraturan-Peraturan Angkatan Tetap (Pencen, Ganjaran Dan Faedah-Faedah Lain) 1982.

“Pemberian faedah kelayakan kematian tersebut dianugerahkan kepada balu dan anak serta ibubapa Allahyarham, dengan mengambil kira jumlah perkhidmatan yang diperakui di dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) iaitu selama tujuh tahun empat bulan 20 hari.

“Perkara ini akan dipantau oleh TD bagi memastikan sebarang bentuk bantuan dan sumbangan yang diperuntukkan kepada waris Allahyarham diterima dan diperolehi dengan kadar segera,” ujarnya.

PTD berkata demikian ketika sidang media bersama wartawan selepas istiadat pengebumian selesai dilaksanakan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pinang Dalam pada 2 Sep 2021.

Terdahulu, jenazah arwah yang tiba dari Butterworth, Pulau Pinang disambut ahli keluarga, kenalan serta jiran tetangga kira-kira jam 12 tengah hari selepas dibawa dari Kuantan dengan menggunakan pesawat A 109 LOH PUTD.

Suasana mendung dan gerimis selepas hujan pagi mengiringi pengebumian jenazah kira-kira jam 1.45 petang yang sebelum itu disembahyangkan di Surau Al Firdaus, Taman Desa Aman, Sg Lalang.

Allahyarham Kpl Mohamad Azrin, 27 tahun merupakan anggota PANDURA yang telah berkhidmat dalam TD selama tujuh tahun meninggalkan seorang isteri bersama seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan.

Semasa kejadian, Allahyarham sedang melaksanakan fasa latihan taktikal menyeberangi sungai di sekitar kawasan Kampung Batu Bor dipercayai lemas dan mayat beliau ditemui oleh penduduk kampung di sungai Kampung Serengkam, Maran, kira-kira 70 kilometer dari lokasi kejadian pada 1 Sep 2021 sekitar jam 8.15 pagi.

Turut hadir, Panglima 2 Div, Mej Jen Datuk Arman Rumaizi Hj Ahmad dan Panglima 10 Bgd (Para), Brig Jen Khairul Azmizal Ahmad Natal.

Gambar: LKpl Muhammad Nashriq Khairul Zaime

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

RTP Live

Situs Slot Bet Kecil

Slot Online

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

slot bet kecil

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

slot pulsa

slot depo pulsa 10k

demo slot pragmatic

slot bet kecil

Sbobet

Slot Gacor

Bonus New Member

Slot Gacor

RTP Slot

Situs Judi Slot Terbaik dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

bonus new member

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Bonus

bonus new member

sicbo online