Bersama Pemimpin

Kerjaya Tentera Bukan Seperti Perkhidmatan Awam Yang Lain – MENHAN

NEGERI SEMBILAN: Menteri Pertahanan (MENHAN), Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan dalam ucapannya menyatakan bahawa kerjaya ketenteraan bukanlah kerjaya yang sama dengan perkhidmatan awam yang lain.

“Perlu diingatkan bahawa saudara saudari adalah benteng utama pertahanan serta merupakan jaminan kepada keselamatan negara dan rakyat.

“Kerjaya ketenteraan ini memerlukan pengorbanan yang sangat tinggi dalam sebarang penugasan dilaksanakan berdasarkan kepada misi yang diamanahkan,” tegasnya.

Tambah MENHAN lagi, komitmen, kesabaran dan semangat kental amat dituntut untuk melaksanakan tugasan di dalam perkhidmatan.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda (PM) Lelaki Siri 197/23 dan Wanita Siri 48/23 di Padang Kawad Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson pada 23 Sep 2023.

MENHAN turut mengingatkan kepada setiap PM supaya menghindari sebarang unsur negatif yang boleh menjejaskan kerjaya sebagai seorang anggota tentera.

Terdahulu ketibaan MENHAN disambut oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan, kemudian menerima tabik hormat daripada kontinjen perbarisan yang diketuai oleh PM Keseluruhan Terbaik Lelaki iaitu PM Faddry Izhan Norhan dan diiringi Pancaragam Pusat Rejimen Renjer Diraja, Pancaragam Pusat Kor Armor Diraja dan Brass Band Wanita Rejimen Semboyan Diraja .

Seramai 1,013 PM terdiri daripada 661 lelaki dan 352 wanita yang mana 28 orang mempunyai kelulusan diploma pelbagai jurusan, 10 berkelulusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), 31 kelulusan Sijil Vokasional Malaysia (SVM), 118 Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan 854 PM berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berjaya menamatkan latihan asas selama enam bulan.

Selain Anugerah PM Keseluruhan Terbaik, perbarisan pada siri ini menyaksikan seramai sembilan lagi menerima anugerah dan Piala Pusingan yang terdiri daripada PM Wanita Terbaik disandang oleh PM Nur Faraain Md.

Bagi Ketenteraan Terbaik pula dinobatkan kepada PM Muhammad Aidil Amirul Rosman dan PM Hanis Farhana Johar, Kawad Terbaik dianugerahkan kepada PM Mohammad Farhan Asrudin dan PM Wan Noraiffa Najwa Wan Mohd Iskandar, Akademi Terbaik PM Muhammad Fikri Nor Affandi dan PM Siti Normaaszilawaty Ali manakala Jasmani Terbaik disandang oleh PM Misael Hench dan PM Nurkhairunnisa Balqis Rostam Efandi.

Penganugerahan ini dipilih berdasarkan kepimpinan, dedikasi tinggi selain kecemerlangan dalam setiap ujian yang dilaksanakan serta mempamerkan persembahan terbaik sepanjang latihan dan ianya merupakan pengiktirafan di atas pencapaian serta kecemerlangan yang ditunjukkan semasa berada di PUSASDA.

Secara asasnya, latihan PM adalah untuk melatih dan melengkapkan mereka dengan pengetahuan asas ketenteraan serta kemahiran sebagai seorang anggota tentera sebelum diserapkan ke pelbagai Kor dalam Tentera Darat (TD).

Tempoh latihan adalah selama enam bulan mulai 27 Mac hingga 23 Sep 2023 di pusat latihan memberi penekanan kepada pembentukan keperibadian ketenteraan (profil), serta pembinaan kekuatan dan ketahanan fizikal dan mental.

PM juga didedahkan dengan pengetahuan asas ketenteraan serta kompeten untuk mencapai kualiti sumber manusia yang terbaik sesuai dengan kehendak TD.

Turut hadir, Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Datuk Seri Mohammad Ab Rahman, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Pahlawan Hj Muhammad Huzaimi Sabri, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi, Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Zaidan Atan dan Panglima Latihan Tentera Darat, Mej Jen Dato’ Marzuki Hj Mukhtar.

Gambar: Muhammad Afiq Adnan, Shamsul Zaidi Zolkoffly, Muhamad Shafirin Md Radzi, Nik Ahmad Asyraaf Nik Husein, Tuan Mohammad Farizal Tuan Dir dan Saifun Hakimi Zainon

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

RTP Live

Situs Slot Bet Kecil

Slot Online

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

slot bet kecil

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

slot pulsa

slot depo pulsa 10k

demo slot pragmatic

slot bet kecil

Sbobet

Slot Gacor

Bonus New Member

Slot Gacor

RTP Slot

Situs Judi Slot Terbaik dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

bonus new member

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Bonus

bonus new member

sicbo online