KEDAH: Pesara Tentera dan warga Kor Risik Diraja (KRD) dari zon Utara Malaysia hadir dalam Majlis Berbuka Puasa Zon Utara bersama Asisten Ketua Staf Perisikan (AKS Perisikan), Mej Jen Dato’ Hj Khlir Hj Mohd Nor yang dianjurkan oleh Batalion 165 Risik Tentera Darat (165 MIB) bertempat di sebuah hotel terkemuka sekitar Sg Petani pada 9 Jun 2017.
Majlis yang menjadi acara tahunan ini bertujuan untuk mengekalkan hubungan baik di antara anggota KRD yang masih berkhidmat dengan Pesara KRD dan juga Kelab Veteran Risik Malaysia (KVRM) serta mengambil berat akan kebajikan warga veteran KRD dalam menghargai jasa bakti dan pengorbanan mereka semasa berkhidmat suatu ketika dahulu.
Dalam ucapan AKS Perisikan, beliau amat berbangga akan keutuhan hubungan silaturrahim antara KRD dan KVRM yang sentiasa memantau tentang kebajikan dan permasalahan yang dihadapi oleh Pesara KRD serta mereka yang masih berkhidmat agar kebajikan mereka ini terjaga
“Hubungan yang baik ini haruslah diteruskan supaya pihak KRD dapat mengetahui akan permasalahan Pesara KRD dan saya berharap anda semua sebarkan kepada Pesara KRD yang lain supaya berdaftar dengan KVRM kerana dari situ kita dapat memantau akan kebajikan mereka ini,” katanya.
Turut hadir semasa majlis pegawai kanan KRD, pegawai – pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat KRD.