JOHOR: DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim, telah mencemar duli berangkat ke Kem Mahkota, Kluang bersama anakanda baginda Tunku Temenggong, Tunku Panglima dan Tunku Putera pada 13 Jun 17 bagi menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama 400 orang pegawai dan anggota 7 Bgd di Dewan Mahkota, Kem Mahkota, Kluang.
Tahun 2017 melakarkan tahun yang bermakna kerana merupakan tahun yang kedua DYMM Sultan Johor mencemar duli menghadiri jemputan majlis oleh 7 Bgd.
Turut hadir diatas undangan Panglima 7 Bgd, Brig Jen Mohd Hassan bin Loman selaku pengerusi penganjur adalah Ketua Polis Johor, ADUN Mahkota, Peg Daerah Kluang dan ketua-ketua jabatan setempat.
[jaw_gallery gallery=”10508,10509,10510,10511,10512,10513,10514,10515,10516,10517,10518,10519,10520,” lightbox=”1″ ] [jaw_clear]
Gambar: MK 7 Bgd