TERENGGANU: Seramai 100 anggota Batalion Ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja Para (18 RAMD Para) telah terlibat dalam program anjuran Pejabat Daerah Kuala Nerus pada 9 Sep 2017.
Program yang telah dilaksanakan secara kerjasama NBOS melibatkan agensi/jabatan kerajaan dan bukan kerajaan bersama masyarakat setempat ini merupakan sebahagian daripada aktiviti bersempena Minggu Kesihatan Peringkat Seberang Takir yang telah dilancarkan oleh YAB Menteri Besar pada 7 Sep 2017 yang lalu.
Program telah dimulakan dengan latihan jasmani melibatkan berjalan 1000 langkah dan Senamrobik di Dataran Permata, Seberang Takir. Aktiviti diteruskan dengan gotong royong membersih dan mengecat Klinik Kesihatan Seberang Takir.
YAB Menteri Besar bersama isteri telah turut bersama-sama hadir kesemua aktiviti bagi menjayakan program tersebut.
[jaw_divider divider_title=”” divider_style=”solid” color=”#000000″ width=”3″ space_size=”0″ space_after_size=”0″ divider_totop=”1″ totop_align=”right” space_after=”space_after” ][jaw_clear]
[jaw_gallery gallery=”12872,12873,12874,12875,12876,12877,12878,12880,12879,” lightbox=”1″ ] [jaw_clear]