Semasa

Latihan Shelldrake Para Siri 4/17

MELAKA: Seramai lima pegawai dan 59 anggota dari Rejimen Pertama Artileri Diraja (Para) (1 RAD Para) telah melaksanakan latihan yang bertempat di Kem Terendak, Melaka.

Latihan ini merupakan kesinambungan daripada siri latihan yang lalu dimana bagi memastikan tahap pengetahuan Guneri dan Aturgerak Artileri berada pada tahap maksimum.

Latihan aturgerak ini telah dimulakan dengan taklimat latihan, penyampaian perintah Bateri Kapten, perintah Pegawai Tapak Meriam, tinjauan tapak Meriam, atur duduk serta pelaksanaan misi tembak. Penekanan pada konsep latihan melalui _Before Action Review, During Action Review_ dan _After Action Review_ telah dilaksanakan bagi memastikan objektif latihan tercapai.

Secara asasnya, latihan ini telah berjaya dan mencapai objektif dengan jayanya apabila semua peringkat pemimpin memainkan peranan masing-masing mengikut keperluan dan kehendak yang telah diberikan.

[jaw_divider divider_title=”” divider_style=”solid” color=”#000000″ width=”3″ space_size=”0″ space_after_size=”0″ divider_totop=”1″ totop_align=”right” space_after=”space_after” ][jaw_clear]

[jaw_gallery gallery=”12861,12862,12863,12864,12865,” lightbox=”1″ ] [jaw_clear]

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online