JOHOR: 10 Bgd (Para) telah melaksanakan Reunion Jump sempena sambutan Hari Ulang Tahun 10 Bgd (Para) ke-23 di Zon Pengguguran Nenas, Simpang Renggam, Johor pada 12 Okt 2017.
Acara ini merupakan salah satu tradisi 10 Bgd (Para) yang diadakan setiap tahun bagi memperingati sejarah pengisytiharan 10 Bgd (Para) ketika Eks Halilintar di Langkawi pada 24 Sept hingga 15 Okt 94. Disamping itu sebagai usaha memupuk semangat Airborne Brotherhood dikalangan warga 10 Bgd (Para) dengan mantan–mantan pegawai dan anggota yang pernah berkhidmat di ketumbukan ini suatu ketika dahulu.
Acara ini melibatkan latihan penerjunan statik dan bebas yang mana ia telah disertai oleh seramai 42 pegawai dan 109 LLP. Acara diakhiri dengan jamuan makan tengahari dan penyampaian cenderahati kepada mantan-mantan. Reunion Jump pada kali ini lebih bermakna apabila turut menerima kunjungan daripada kanak-kanak tadika yang berhampiran.
Panglima 10 Bgd (Para) turut serta melaksanakan penerjunan bersama mantan-mantan. Antara yang hadir ialah Komandan PUSASDA, Kolonel Khairul Azmizal Ahmad Natal, Sarjan Mejar Tentera Darat, PW 1 Hayazi bin Abdul Aziz, Sarjan Mejar Istiadat Tentera Darat, PW 1 Mohamad Pauzi Mohamad Ali serta beberapa lagi mantan-mantan pegawai kanan, pegawai dan anggota 10 Bgd (Para).