KUALA LUMPUR: Seramai 12 pegawai dan 40 anggota LLP telah diraikan dalam Majlis Meraikan Pegawai dan Anggota Cedera peringkat Divisyen Keempat Infantri Malaysia (4 Div) di Dewan Dato’ Othman Harun Kem Wardieburn, Setapak pada 1 Nov 2017.
Majlis yang diadakan sempena sambutan Hari ATM ke-84 ini merupakan satu usaha untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga ATM bagi membuktikan betapa kebajikan warga ATM kerap diutamakan.
Mereka juga menerima wang sumbangan sebanyak RM500 yang disampaikan oleh Mej Jen Datuk Mohd Zakaria Hj Yadi.
Turut hadir di majlis ini Panglima 11 Bgd, Brig Jen Toh Choon Siang dan pegawai-pegawai kanan 4 Div.