NEGERI SEMBILAN: Pusat Latihan Armor (PULAMOR) telah mengadakan Pertandingan PULAMOR Challenge pada 8 Dis 2017.
Pertandingan ini melibatkan tiga disiplin iaitu Berbasikal sejauh 23 km, Berkayak sejauh 4km dan Berlari Pikul Kayak sejauh 3km dengan simbolik perlepasan peserta telah disempurnakan oleh Komandan PULAMOR, Lt Kol Zulhaimie Ayob.
Johan PULAMOR Challenge dimenangi Tim Bahagian Tadbir 1 dan tempat kedua disandang oleh Tim Bahagian BBKL 1 manakala Tim Bahagian Tadbir 2 telah mendapat tempat ketiga.