PULAU PINANG: Seramai 14 pegawai serta 100 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu Diraja (2 RAMD) telah menyaksikan Perasmian Komplek Operations in Built-Up Areas (OBUA) yang telah dirasmikan oleh Pegawai Memerintah 2 RAMD, Lt Kol Megat Maz Ardi Hj Nohuddin di Komplek OBUA pasukan pada 22 Feb 2018.
Peristiwa yang telah mencatat sejarah dalam lipatan sejarah pasukan Harimau Malaya itu juga merupakan satu titik pencetus bagi meningkatkan lagi kemahiran anggota pasukan dalam melaksanakan peperangan dikawasan terbina (Build Up Area).
Menurut Pegawai Memerintah 2 RAMD, dengan kehadiran komplek OBUA ini, anggota pasukan dapat memanfaatkan dengan menjalankan latihan pada tempat yang hampir sama dengan situasi sebenar sekiranya peperangan jenis itu berlaku, secara tidak langsung kemahiran dari segi taktik, teknik dan prosedur OBUA yang sebenar dapat dipraktikkan oleh anggota didalam pasukan.
Gambar: Kpl Nursahid Radzuan