SARAWAK: Seramai 62 pegawai dan 491 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) daipada pasukan-pasukan dibawah naungan 9 Bgd dan 31 Bgd Rejimen Sempadan (RS) terlibat dalam Siri Jelajah Program Roadshow Task Force Perisai Wira Peringkat Sibu di Dewan RASCOM, Kem RASCOM, Batu 10 pada 14 Mac 2018.
Program tersebut diadakan bertujuan untuk memberi penerangan mengenai bahaya ancaman Daesh dan penjelasan tentang fahaman ektremisme, radikalisme dan terorisme serta mewujudkan kesedaran di kalangan anggota tentera tentang bahaya ancaman kumpulan tersebut.
Disamping itu juga, ia bertujuan untuk memberi kefahaman mengenai aspek perundangan anti keganasan supaya warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak terlibat dengan undang-undang keganasan sedia ada.
Penerangan dan penjelasan tersebut telah disampaikan oleh Tim Task Force yang diketuai oleh YBhg Mej Jen (B) Dato’ Mohd Noor Osman, Ketua Tim TASK FORCE PERISA WIRA (ATM), Lt Kol Dr Zulkarnain Harom Cawangan Anti Keganasan Bahagian Staf Perisikan Pertahanan, Lt Kol Shahrudin Abd Rahman Pegawai Staf Satu Undang-Undang Bahagian Staf Perisikan Pertahanan dan Mej Chula Endiang @ Esok.
Antara ceramah yang disampaikan adalah Ancaman Ekstrimisme, Radikalisme dan Terorisme Kepada Keselamatan ATM serta Implikasi Undang-Undang Anti Keganasan Kepada Anggota ATM.
Turut hadir Panglima 9 Briged, Brig Jen Dato’ Dzulkafli Hj Mustafa, Ketua Staf 9 Briged, Ketua Staf 31 Briged dan Pegawai Memerintah serta Pemerintah di bawah naungan 9 Briged dan 31 Briged.
Gambar: Pbt Iskandar