SABAH: Briged Ke-13 (ESSCOM) bekerjasama dengan pihak 5 Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja (5 Skn RAJD) dan Borneo Rhino Alliance (BORA) bagi melaksanakan pemulihan serta pembersihan di Borneo Rhino Sanctuary (BRS), Tabin Wildlife Center bermula dari 9 hingga 16 Mac 2018.
Booby Clearance Team (BCT) dari 5 Skn RAJD diketuai oleh Sjn Abdul San Suhulie diaturgerak bagi melaksanakan program tersebut bagi membersihkan kawasan pemuliharaan dan hutan rizab dari sebarang serpihan yang dibuang oleh pihak pemaju selepas siap projek pembangunan BRS yang akan menempatkan dua badak sumatera di bawah jagaan BORA.
Tim BCT berjaya menjumpai lebih kurang 60kg besi dan bahan binaan yang telah tertanam di sekitar BRS yang boleh memudaratkan keselamatan badak sumatera yang bakal dipindahkan ke BRS.
Pengurus Lapangan BORA, Dr Zainal Zahari Zainuddin, merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak 5 Skn RAJD dan 13 Bgd (ESSCOM) di atas bantuan yang diberikan serta amat menghargai bantuan yang diberikan di dalam usaha pemuliharaan dan penjagaan habitat haiwan terancam.
Gambar: Kpl Mohd Assahidi Aziz dan Pbt Fabriano Daimon