Bersama PemimpinSemasa

Serah Terima Tugas Pengerusi KOD dan Pengarah KRD

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Mohd Zain menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi Kor Ordnans Diraja (KOD) dan Pengarah Kor Risik Diraja (KRD) di Dewan Tanjung, Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) pada 23 Nov 2022.

Acara dimulakan dengan Serah Terima Tugas Pengerusi KOD di antara Mej Jen Mohd Tamam Jamioon dan Mej Jen Hj Rusni Saad sebelum diikuti Serah Terima Tugas Pengarah KRD di antara Brig Jen Johari Ismail dan Kol Abu Hashim Jamaludin.

Simbolik kedua-dua acara ini disempurnakan dengan menandatangani Nota Serah Terima Tugas dan pertukaran nota tersebut.

Aktiviti rejimental ini selaras dengan Tonggak Kedua Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu Memperkasakan Keutuhan Organisasi.

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Datuk Seri Mohammad Ab Rahman, Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi dan pegawai-pegawai kanan Tentera Darat.

Gambar: Pbt Mohammad Fadzil Akirul

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button