Bersama PemimpinKebajikanSemasaTentera Bersama Rakyat

TD Terus Prihatin Terhadap Kebajikan Rakyat

SELANGOR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Mohd Zain diiringi Panglima Divisyen Keempat Infantri Malaysia (4 Div), Mej Jen Dato’ Hj Ya’cob Hj Samiran menyempurnakan Majlis Penyerahan Replika Kunci Rumah Asnaf Orang Asli di Penempatan Orang Asli Batu 12, Gombak sempena Program Jiwa Murni (PJM) Tentera Darat (TD)Tahun 2022 pada 26 Nov 2022.

Terdahulu, ketibaan PTD disambut dengan Tarian Selamat Datang bersama pemakaian tanjak dan selempang serta diikuti taklimat ringkas berkenaan PJM yang disampaikan oleh Ketua Skuadron Kedua Rejimen Askar Jurutera Diraja (2 Skn RAJD).

PJM Bina Baharu Rumah Asnaf Orang Asli ini merupakan kerjasama TD bersama beberapa syarikat luar termasuk Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dengan peruntukan sebanyak RM 99,000 bagi melaksanakan pembinaan tiga buah rumah yang bermula pada 20 Jun 2022 dan telah siap sepenuhnya pada 18 Sep 2022.

Penerima pertama merupakan Encik Yusof Alang berusia 68 tahun yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan perlu menanggung seramai enam orang serta terpaksa bergantung dengan bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) sebanyak RM 400, bantuan Aidilfitri sebanyak RM 400 serta bantuan makanan bulanan sebanyak RM 350.

Seterusnya, Puan Amek Pedik berusia 65 tahun mempunyai empat orang tanggungan yang turut bergantung dengan bantuan daripada LZS sebanyak RM 400 sebulan, bantuan Aidilfitri sebanyak RM 350, elaun kehadiran kelas mualaf dan bantuan perubatan disebabkan tidak mempunyai sebarang pekerjaan tetap.

Penerima terakhir merupakan Encik Muhammad Iskandar Abdullah berusia 45 tahun mempunyai tanggungan seramai tujuh orang dan hanya berkerja sebagai seorang tukang cuci dengan gaji sebanyak RM 1,200 sebulan serta mendapat bantuan Aidilfitri, bantuan makanan, kewangan bulanan, bantuan pendidikan dan elaun kehadiran kelas mualaf.

PTD kemudian turut berkesempatan melawat rumah salah seorang penerima rumah asnaf iaitu Puan Amek Pedik sekaligus menyempurnakan acara perasmian rumah tersebut dengan memotong riben.

PJM ini dilihat signifikan dengan Tonggak Kelima Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu Peningkatan Hubungan TD Dengan Awam.

Turut hadir, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan, pegawai-pegawai kanan TD dan wakil-wakil dari agensi yang terlibat.

Gambar: Pbt Mohammad Shukri Suhaimi & Pbt Tuan Mohamad Farizal Tuan Dir

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

RTP Live

Situs Slot Bet Kecil

Slot88

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Slot Bonus New Member

Slot Bonus New Member

slot bet kecil

Slot Bonus New Member

Slot Bonus New Member

Slot Bonus New Member

Slot Bonus New Member

slot pulsa

slot depo pulsa 10k

demo slot pragmatic

slot bet kecil

Sbobet

Slot Gacor

slot bonus new member

Slot Gacor

RTP Slot

Situs Judi Slot Terbaik dan Terpercaya No 1

Slot Bonus New Member

Slot Bonus New Member

Slot Bonus New Member

Slot Bonus New Member

Slot Bonus New Member

Slot Bonus New Member

Slot Bonus New Member