Bersama PemimpinSemasa

Minggu Kesihatan KEMENTAH Tingkat Kesejahteraan Warga

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Mohd Zain mewakili Panglima Angkatan Tentera (PAT) menyempurnakan Majlis Perasmian Minggu Kesihatan Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) 2022 bertemakan Live Life at a Healthy Volume di Auditorium Wisma Pertahanan pada 22 Nov 2022.

Terdahulu, majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan (KPPK) Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Lt Jen Dato’ (Dr) Zulkeffeli Mat Jusoh sebelum diteruskan dengan ucapan PTD yang berpesan supaya pegawai dan anggota lebih prihatin dalam memastikan kesihatan diri berada pada tahap terbaik untuk melaksanakan sebarang penugasan.

Program yang berlangsung mulai 22 hingga 24 Nov 2022 ini menyediakan pelbagai aktiviti menarik kepada anggota tentera dan penjawat awam KEMENTAH seperti ceramah kesihatan, pertandingan kuiz, senamrobik perdana serta program derma darah.

Selain itu, pameran dan pemeriksaan kesihatan turut disediakan di foyer Wisma Pertahanan bagi memberi kesedaran mengenai kepentingan penjagaan kesihatan diri serta bahaya penyakit-penyakit kronik dalam kehidupan seharian.

Aktiviti seumpama ini seiring dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu Pelestarian Kesejahteraan Warga bagi mengukuhkan aspek kesihatan dalam kalangan anggota tentera.

Turut hadir, Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Ashgar Khan Goriman Khan TUDM, Ketua Staf ATM, Lt Jen Datuk Arman Rumaizi Hj Ahmad dan Panglima Angkatan Bersama, Lt Jen Dato’ Indera Hj Yazid Hj Arshad TUDM.

Gambar: Pbt Tuan Mohammad Farizal Tuan Dir

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button