LatihanSemasa

Leadership and Endurance Challenge Perajurit Muda Siri 185/17

NEGERI SEMBILAN: Pembangunan kepimpinan peringkat rendah bagi Perajurit Muda (PM) diperhebatkan lagi dengan adanya satu lagi pertandingan teras bagi melengkapkan latihan asas di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) iaitu Leadership and Endurance Challenge PM Sir 185/17 pada 11 Apr 2018.

Pertandingan ini diadakan untuk membentuk nilai kepimpinan, semangat bekerjasama dalam satu pasukan dan memupuk semangat juang yang tinggi apabila berhadapan dengan keadaan sukar seperti kepenatan serta dalam keadaan ruang masa yang terhad.

Setiap Ketua Platun dan Seksyen yang dilantik dikehendaki membentangkan rancangan merentasi halangan dan mendeligasi tugasan sebaik mungkin kepada anggota di dalam platun sebelum melepasi garisan permulaan dan Ini adalah bagi memupuk nilai-nilai kepimpinan yang baik di kalangan PM.

Terdapat 4 disiplin asas yang diuji dalam pertandingan ini iaitu larian dengan Pakaian Lengkap Medan (PLM) membawa kayu log, tayar, tong peluru, pengusung beserta anggota cedera dan mendirikan khemah di mana setiap disiplin tersebut sudah cukup menguji nilai kepimpinan dan kerjasama berpasukan para peserta yang mengambil bahagian.

Jika dilihat dengan mata kasar ianya agat sukar untuk dilaksanakan, tetapi dengan adanya perancangan, kesungguhan dan semangat juang yang tinggi setiap halangan dapat dilaksanakan dengan penuh.

Pertandingan ini telah dijuarai oleh Kompeni Bravo dan perasmian dan penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh Ketua Bahagian Latih, Lt Kol Khairul Azman Kormin.

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online