Bersama PemimpinSemasa

Sayangi Malaysiaku Bukti Perpaduan Kian Utuh

KUALA LUMPUR: Tahun 2018 merupakan sejarah dalam sambutan Hari Kebangsaan Ke-61 di mana  setelah 13 tahun, Putrajaya sekali lagi menjadi tuan rumah untuk acara sambutan Hari Kebangsaan untuk kali kedua di adakan di Putrajaya dan pastinya yang paling istimewa ialah Perdana Menteri Malaysia kini ialah Tun Dr Mahathir Mohamad yang merupakan insan yang mencetuskan idea untuk membangunkan Putrajaya menjadi Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Sambutan kali ini boleh dikatakan sebagai Malaysia Baharu di mana kini kerajaan persekutuan adalah dari pemerintahan  yang baharu serta tema sambutan kali ini ialah Sayangi Malaysiaku yang bermaksud menekankan kepentingan perpaduan dan semangat cintakan Negara bagi memastikan kesejahteraan serta kemakmuran Negara tanpa mengira perbezaan kaum, agama, bangsa dan fahaman.

Merdeka itu bukan suatu perkara yang mudah dan boleh didapati melainkan dengan pengorbanan di mana kerananya kita terpaksa mengorbankan bukan sahaja wang ringgit dan usaha tenaga bahkan jiwa serta raga turut menjadi taruhan.

Mengecapi kemerdekaan merupakan hadiah ternilai untuk perjuangan warganya namun mengisi kemerdekaan adalah perjuangan yang harus diteruskan oleh anak bangsa dengan pelbagai ancaman yang memberikan implikasi tidak baik kepada negara di mana semangat kesatuan tergugat dan bahang perpecahan turut dirasai.

Suara kebangkitan mula bergema dari utara ke selatan, timur dan barat tanpa mengira bangsa serta agama yang bersatu mempertahankan pertiwi tercinta maka terzahirlah cinta negara melalui Sayangi Malaysiaku.

Seramai 300,000 rakyat dari berbilang kaum di sekitar Putrajaya dan Lembah Klang hadir dalam sambutan pada kali ini bagi menunjukkan semangat kemerdekaan dan cintakan tanah air dengan tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan acara bersejarah ini.

Terdahulu dari itu, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V telah berkenan mencemar duli untuk bersama-sama rakyat meraikan Sambutan Hari Kebangsaan 2018 di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos 2018.

Sejurus keberangkatan tiba, Seri Paduka Baginda menerima tabik hormat dan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan sementara di ruang udara pula lintas hormat dari lima buah helikopter milik Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia.

Seterusnya diikuti acara menaikkan Jalur Gemilang dan diiringi nyanyian lagu kebangsaan Negaraku disusuli dengan 14 das tembakan meriam simbolik kepada 14 negeri di Malaysia yang dilaksanakan oleh 41 Bateri Istiadat Rejimen Artileri Diraja.

Acara perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan 2018 ini memperlihatkan sebanyak empat komponen utama perarakan terdiri daripada Kenegaraan, Ketenteraman Awam, Keselamatan Negara dan Komponen Rakyat Bersepadu.

Bilangan kontinjen yang terlibat dengan penyertaan keseluruhan peserta seramai 12,295 orang terdiri daripada pelbagai golongan melibatkan agensi kerajaan dan swasta, pelajar-pelajar sekolah yang menggambarkan penyertaan daripada pelbagai lapisan rakyat Malaysia.

Sambutan Hari Kebangsaan 2018 ini menjadi medan terbaik untuk rakyat Malaysia menzahirkan perasaan cinta kepada Negara serta mewujudkan suasana sambutan yang lebih inklusif kepada Malaysia sebagai titik perpaduan dan kebersamaan seluruh rakyat bagi bangkit mempertahankan Negara dengan semangat Sayangi Malaysiaku.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Pertahanan (MENHAN), Hj Mohamad Sabu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Dato’ Sri Panglima Hj Zulkifli Hj Zainal Abidin dan Panglima Darat, Laut dan Udara

Gambar: SSjn Vijay Gaundar, Sjn Saiful Fazley dan Saifun Hakimi Zainon.

 

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online