Rencana

Judi Online

Definisi ‘Judi’ mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat adalah permainan dengan memakai wang sebagai taruhan atau menggunakan wang sebagai taruhan dalam permainan judi.

Mengikut wikipedia pula judi bermaksud permainan yang melibatkan pertaruhan nilai. Dalam perjudian, pihak yang kalah dalam permainan harus membayar sejumlah nilai kepada pihak yang menang. Biasanya ia menghabiskan tempoh masa yang singkat untuk mendapatkan hasil keputusan sama ada menang atau kalah.

Apa Itu Judi Online?

Perjudian Online ataupun judi dalam talian merupakan sebarang bentuk permainan perjudian yang dimainkan menggunakan komputer atau peranti mudah alih seperti telefon pintar dan sambungan internet. Perjudian dalam talian menawarkan hampir semua pertaruhan yang terse- dia di kasino hidup seperti pertaruhan sukan, permainan kasino tradisional, slot video dan banyak lagi.

Kasino dalam talian dimainkan dengan cara yang sama seperti fizikal, permainan dan peluang yang sangat mirip dengan kasino luar talian. Terdapat beberapa perbezaan yang menarik dari kasino luar talian den- gan kasino dalam talian iaitu judi dalam talian ini tidak mengenal peringkat usia dan pekerjaan kerana ianya mudah diakses dengan mengunakan telefon bimbit.

Kemungkinan cara ini juga adalah selamat berbanding bermain judi di premis-premis yang menyediakan perkhidmatan judi dalam talian. Ianya juga adalah merbahaya jika premis tersebut diserbu oleh pihak berkuasa dan sesiapa yang berada ketika itu boleh dikenakan hukuman mengikut jenis kesalahan yang diperuntukkan apabila ditangkap.

Penularan kegiatan judi dalam talian semakin membimbangkan apabila golongan tentera juga mula terjebak dengan aktiviti haram itu. Ini kerana operator judi terbabit semakin berani menawarkan permainan berkenaan secara terbuka.

Namun apa yang menyedihkan mereka sanggup menghabiskan duit gaji untuk bermain judi dalam talian yang boleh diakses di mana sahaja dan pada bila-bila masa selagi mempunyai akses internet. Umum mengetahui bahawa tugas seorang tentera adalah menjaga keamanan negara, meme- lihara keselamatan negara serta mempertaruhkan nyawa demi me- mastikan kedaulatan negara sentiasa terpelihara.

Tetapi yang membimbangkan sekiranya mereka mudah terpengaruh dan terjebak dalam judi atas talian bagaimana sikap, kelakuan dan tabiat ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi perubahan sifat individu tersebut.

Masalah perjudian atas talian ini perlu dibendung di setiap lapisan peringkat anggota dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amnya dan Tentera Darat (TD) khasnya. Kita tidak boleh mengambil sikap sambil lewa kerana ianya melibatkan soal moral anggota. Sebagai contoh sekiranya seorang anggota tersebut terlibat dengan judi atas talian, mereka sanggup menghabiskan masa menghadap telefon bimbit serta berani memper- taruhkan duit gaji sehingga habis.

Setelah kehabisan wang ringgit mereka ini cenderung pula dengan aktiviti pinjaman wang dengan Ah Long atau individu-individu yang menjalankan perniagaan pinjaman wang tanpa lesen. Pada awalnya memang seronok namun kesan serta akibat dari pinjaman tersebut boleh mengundang perubahan sikap anggota itu sendiri.

Sebagai contoh, seorang warga tentera telah ditangkap pada bulan Mei 2019 di atas kesalahan jenayah pecah premis dan mencuri beg tangan berjenama mewah. Mengikut artikel yang disiarkan oleh sebuah akhbar tempatan, kegiatan individu tersebut terbongkar selepas dia diberkas dan pihak polis berjaya merampas 70 beg tangan pelbagai jenama mewah.

Hasil siasatan mendapati individu tersebut gian bermain judi dan dise- babkan masalah hutang, beliau sanggup melakukan jenayah ini.

Pengajaran yang boleh diambil adalah jangan sesekali mencuba untuk bermain judi atas talian atau apa sahaja jenis judi yang lain. Ada sesetengah anggota mereka hanya bermain sebagai suka-suka untuk mengisi masa lapang namun kebanyakan telah menjadi satu tabiat yang sukar untuk dicegah

Bermain judi atas talian boleh menyebabkan individu tersebut menjadi ketagih apabila wang yang dilaburkan buat pertama kali itu berjaya digandakan dan mereka menjadi seronok dan terus bermain sehingga kehabisan wang tanpa disedari. Ini yang menyebabkan anggota terbabit bertindak tanpa berfikir kesan dan akibat atas

perbuatan yang dilakukan. Trend terkini menunjukkan judi atas talian atau judi online ini mula mengambil tempat premis judi seperti sebelum ini kerana telefon pintar menjadi senjata utama sindiket judi dalam memastikan operasi mereka terus berkembang dan sukar dikesan oleh pihak berkuasa.

Judi boleh menjerumuskan in- dividu itu ke tahap berhutang yang serius termasuk meminjam dari ceti haram atau Ah Long ini kerana kemenangan besar yang dijanjikan akan mendorong mereka mencari jalan pintas untuk mendapatkan modal pertaruhan dengan meminjam dari ceti haram mahupun mana-mana institusi kewangan berkaitan. Apa yang akan terjadi sekiranya kalah judi dan apa yang akan jadi terhadap segala hutang tersebut?

Malah judi juga turut memporak perandakan rumahtangga dan keluarga dari pelbagai sudut. Judi boleh mencetuskan pergaduhan dalam kalangan suami isteri sehingga membawa kepada penceraian. Ia boleh menyebabkan keluarga menjadi huru-hara dan anak-anak menjadi mangsa keadaan. Keganasan rumahtangga dan jenayah dalam kalangan anggota keluarga juga akan terus meningkat akibat daripada judi.

Pernah juga terdengar satu cerita tentang seorang anggota yang sanggup memberikan kad bank kepada Ah Long atau peminjam wang tanpa lesen sebagai bayaran diatas khidmat pinjaman wang yang diberikan. Apa yang menyedihkan apabila pihak yang memberikan pinjaman wang tersebut berani mengganggu isteri dan anak-anak yang tidak tahu apa-apa. Ini kerana mereka tidak dapat menghubungi atau mencari anggota tersebut.

Kenapa perkara sebegini berlaku dikalangan anggota tentera yang dipercayai oleh rakyat dalam membela negara? Namun mereka juga seperti orang awam yang lain terlibat dalam perkara tidak bermoral dan menghadapi masalah tersendiri.

Kita boleh mencegah dan membendung kegiatan ini daripada berleluasa dengan melaporkan kepada pihak atasan sekiranya mendapati ada di antara rakan kita yang terlibat dengan judi atas talian ini. Tindakan sebegini dapat membantu mereka keluar dari ketagihan akibat berjudi. Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi memandang serius masalah judi atas talian ini dan beliau meminta semua pemerintah supaya sentiasa melakukan pemeriksaan dari masa ke semasa terhadap telefon pintar milik anggota tentera agar tidak ada aplikasi judi atas talian yang dimuat turun oleh anggota ke dalam telefon masing-masing.

Pasukan-pasukan boleh mengadakan sesi kaunseling terhadap anggota yang terlibat dalam masalah perjudian supaya mereka tidak berasa dipinggirkan oleh perkhidmatan. Selain itu, pasukan turut digalakkan untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah sebagai langkah untuk menghapuskan masalah judi atas talian ini.

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online