Semasa

MMR Hargai Bakti Pegawai Kanan TD

KUALA LUMPUR: Seramai 36 Pegawai Kanan Tentera Darat (TD) diraikan dalam satu Majlis Makan Malam Rejimental (MMR) sempena Persaraan Pegawai Kanan TD yang dihadiri oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 30 Nov 2018.

Majlis yang penuh istiadat ini bertujuan meraikan Pegawai Kanan TD yang telah bersara dan bakal bersara pada tahun 2018 hingga 2019 yang telah mengabdikan seluruh jiwa dan raga dengan penuh komited kepada negara serta perkhidmatan ATM amnya dan TD khasnya.

Dalam ucapan PTD, beliau mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pegawai Kanan TD di mana segala jasa dan khidmat bakti yang telah dicurahkan akan terus diingati dan dihargai.

“Saya ucapkan selamat bersara, selamat menempuhi dunia awam dan selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan harapan saya agar hubungan silaturahim yang sedia terjalin tidak akan putus,”ujar PTD.

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Dato’ Hasagaya Abdullah, Panglima Medan Barat TD, Lt Jen Datuk Azizan Md Delin dan Panglima Medan Timur TD, Lt Jen Dato’ Wira Zamrose Mohd Zain.

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online