KUALA LUMPUR: Seramai 10 pegawai kanan dan seorang pegawai Senarai Tugas Khas (STK) Tentera Darat (TD) dinaikkan pangkat dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan dan Pegawai Senarai Tugas Khas TD disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain di Dewan Zulkifeli Zin, Wisma Perwira TD pada 04 Nov 2020.
Mendahului senarai lima pegawai dinaikkan pangkat daripada Kol ke Brig Jen iaitu Kol Mohd Zaki Abu menjawat jawatan sebagai Panglima 30 Bgd, Kol Isa Daud menjawat jawatan Panglima 12 Bgd dan Kol Mohd Azmurin Mat Khalib menjawat jawatan sebagai Panglima 2 Bgd.
Seterusnya, Kol Shamshor Jaafar menjawat jawatan sebagai Panglima 9 Bgd dan Kol Mohamed Saari Omar menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah Bahagian Pasukan Simpanan (BPS).
Selain itu seramai empat pegawai TD dinaikkan pangkat dari Lt Kol ke Kol manakala kenaikan pangkat dari Mej ke Lt Kol (Fleksi) melibatkan seorang pegawai kanan TD dan seorang pegawai STK TD yang dinaikkan pangkat Lt M.
Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Hasagaya Abdullah dan Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Muhammad Ab Rahman.
Gambar: Pbt Mohammad Fadzil Akirul