4 DivBersama PemimpinSemasa

TD Raikan Pegawai dan Anggota Berbangsa Cina

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri  Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor menyempurnakan Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Tentera Darat (TD) bertempat di Dewan Dato’ Harun pada 19 Feb 2016.

Tujuan utama sambutan adalah untuk meraikan pegawai serta anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) berbangsa Cina samada yang masih berkhidmat atau sudah bersara dari perkhidmatan dan pada masa yang sama mengeratkan lagi jalinan persahabatan yang dicipta sejak dahulu lagi.

Dalam Ucapan PTD, beliau mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada wakil Pegawai Bersara iaitu Mej Jen Dato’ Lai Chung Wah (B) kerana dapat hadir ke majlis bersama rakan seperjuangan yang lain serta mengucapkan tahniah kepada penganjur diatas penganjuran pada tahun ini.

‘Saya mengucapkan kepada anda semua terutama kaum Cina semoga sentiasa sihat dan ceria dalam menempuhi kehidupan seharian, di tahun baharu ini iaitu 2016 Tahun Monyet menurut Zodiak Cina memberi anda lebih kekayaan dan kejayaan’, ujarnya.

Turut hadir,Panglima Medan Barat TD Lt Jen Dato’ Sri ZulKiple Hj Kassim, Panglima 4 Div, Mej Jen Dato’ Abdul Halim Hj Jalal, Panglima-panglima Perkhidmatan, Pegawai Kanan TD, dan anggota LLP.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online