PUTRAJAYA: Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi Buang TUDM menyempurnakan Majlis Penutup Kursus Ketahanan Nasional (KKN) Kohort 2021 bertempat di Auditorium Utama, Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS) pada 24 Dis 2021.
Seramai 21 Pegawai Kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terdiri dari 12 pegawai Tentera Darat Malaysia (TDM), empat pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan lima pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menjalani kursus yang berlangsung selama 52 minggu bermula 4 Jan 2021.
Kursus ini adalah siri yang kedua dan dihadiri pegawai kanan berpangkat Kol serta Brig Jen atau setaraf di mana ianya merupakan inisiatif ATM bagi menepati perkara yang ditekankan dalam Kertas Putih Pertahanan dan Dasar Keselamatan Negara 2021-2025.
Di samping itu turut diadakan pelancaran buku Statesman Journal iaitu gabungan artikel akademik yang dihasilkan oleh penuntut kursus.
Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Sri Muez Abd Aziz, Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Ackbal Hj Abdul Samad TUDM, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany dan Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Pahlawan Mohammad Ab Rahman.