KUALA LUMPUR: Semua warga Markas Tentera Darat (MKTD) hadir dalam Perjumpaan Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor bersama warga MKTD sempena Hari Raya Aidilfitri bertempat di Auditorium Badan Kesenian Tentera Darat (BKTD) pada 15 Jul 2015.
Tujuan perjumpaan PTD adalah untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri selain menasihatkan anggota yang bekerja di MKTD yang akan pulang ke kampung halaman agar berhati-hati di jalan raya dan merancang perjalanan serta mengingatkan anggota supaya berbelanjalah dengan bijak di hari raya.
Saya berharap anda semua jangan terlalu gembira pulang ke kampung sebaliknya perlu berhati-hati dijalan raya dan pastikan kenderaan anda semua diselengara dengan baik supaya selamat ke destinasi yang dituju agar kepulangan anda disambut dengan gembira bukannya tangisan,” katanya.
Beliau turut berpesan kepada warga MKTD agar mengambil peluang dan kesempatan yang ada ini supaya pulang ke kampung halaman berjumpa dengan ibubapa serta sanak saudara bagi mengeratkan lagi tali silaturahim yang terjalin dan diakhir majlis beliau bersalaman bersama seluruh warga MKTD.
Turut hadir Timbalan PTD, Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi, Panglima Logistik, Mej Jen Dato’ Pahlawan Mohd Razif Hj Idris, Pegawai-pegawai Kanan TD serta anggota LLP.