KUALA LUMPUR: Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Datuk Seri Mohammad Ab Rahman menghadiri Majlis Hiwar Perdana dan Kesenian Islam Sempena Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Ke-90 yang dianjurkan oleh Bahagian Perkhidmatan Anggota (BPA) Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) bertempat di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM pada 21 Sep 2023.
Terdahulu, ketibaan PAT disambut oleh Ketua Staf ATM, Lt Jen Datuk Arman Rumaizi Hj Ahmad bersama Panglima-panglima perkhidmatan.
Program Hiwar Perdana dimulakan dengan ceramah yang bertajuk ‘Agama Dipelihara, Perpaduan Terjaga’ yang disampaikan oleh dua tokoh dakwah pendakwah bebas iaitu Ustaz Harryanto Rizal Rokman dan Penolong Pengarah Kanan JAKIM, Ustazah Nazirah Abu Bakar.
Seterusnya, majlis diteruskan dengan sumbangan daripada Pihak Etiqa Takaful Sdn Bhd dimana 30 orang pelajar terdiri daripada anak-anak warga ATM yang cemerlang dan bakal melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi. Majlis disempurnakan oleh PAT.
Program diakhiri dengan cabutan bertuah dan memotong kek Hari ATM Ke-90 sebelum diteruskan dengan jamuan makan tengahari.
Turut hadir, Panglima Tentera Darat, Jen Datuk Muhammad Hafizzuddeain Jantan, Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan TUDM dan Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Dato’ Zulhelmy Ithnain.