KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Seri Muhammad Hafizuddeain Jantan dan Pengerusi Tertinggi Jemaah Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Darat, Puan Sri To’ Puan Seri Hjh Hartiah Hamzah telah menyempurnakan Program Pengagihan Bubur Asyura Peringkat Markas Tentera Darat (MK TD) dan BAKAT TD bertempat di Perkarangan Kementerian Pertahanan pada 18 Jul 2025.
Majlis yang penuh keberkatan ini dianjurkan bersempena bulan Muharam bagi menyemarakkan semangat ukhwah dalam kalangan warga TD serta mengangkat nilai murni dan kebersamaan dalam menghayati keindahan bulan muharam.
Terdahulu, usai ketibaan PTD dan isteri acara bergambar mendahului mengisian program sebelum diteruskan dengan pengagihan kepada ketua-ketua BCJ.
Selain itu, PTD dan isteri turut mengagihkan bubur asyura kepada warga tentera dan awam yang berkhidmat di Kementerian Pertahanan bagi merapatkan lagi ukhwah yang sedia terjalin.
Turut hadir, Ketua Staf Tentera Darat, Mej Jen Dato’ Ahmad Abu Bakar, Asisten Ketua Staf Sumber Manusia, Mej Jen Dato’ Norshm Md Tap. Asisten Ketua Staf Perisikan, Mej Jen Faridhulathroth Hj Hashim, Sarjan Mejar Rejimen Tentera Darat, PW I Mohamad Fauzi A. Rahman
Gambar: Kpl Mohammad Fadzil Akirul dan LKpl Muhammad Syfiqrullah Mazlan