PERAK: Seramai 44 Anggota Askar Wataniah (AW) menyertai Latihan Khemah Tahunan 12 Kompeni Perisikan Divisyen(KPD) Siri1/2015 yang dirasmikan oleh Penolong Pegawai Memerintah Batalion 165 Risik Tentera Darat(165 MIB), Lt Kol Harith Prowinchit bertempat di 91 Grup Operasi Perisikan (GOP) dari 28 Okt hingga 12 Nov 2015.
Objektif latihan adalah untuk mempertingkatkan tahap pengetahuan anggota AW dalam ilmu perisikan khususnya dalam bidang Risik Balas bagi membolehkan anggota berkeupayaan bertindak sebagai penyalur maklumat perisikan yang dikehendaki dan dapat memahirkan diri dari segi pengutipan, menyediakan laporan serta berkebolehan melaksanakan tugas sebagai Operator Perisikan apabila diperlukan kelak.
Selain itu latihan ini dapat memupuk semangat setiakawan bagi membina keyakinan diri dan bekerjasama dalam aktiviti berkumpulan serta mempertingkatkan tahap disiplin dan mutu profesionalisme.
Dalam ucapan Pen Peg Mem 165 MIB, beliau mengucapkan selamat melaksanakaan Latihan Khemah Tahunan ini dengan penuh semangat kerana bukanlah satu perkara yang mudah untuk memberikan komitmen selama dua minggu dimana anda semua terpaksa meninggalkan keluarga untuk menjalani latihan di sini.
Turut hadir Peg Pemerintah 12 KPD AW, Mej Shahrizan Harun, dan jurulatih kursus.