Semasa

KAGAT Anjur Jogathon Mahabbah

KUALA LUMPUR: Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) menganjurkan Jogahton Mahabbah peringkat ATM sempena sambutan Ma’al Hijrah 1437 yang disempurnakan oleh AKS Pengurusan Anggota, Mej Jen Dato’ Mohd Zakaria Yadi bertempat di Mini Stadium Kementah pada 31 Okt 2015.

Ianya diadakan untuk menerapkan budaya hidup cergas dan aktif dalam sukan dikalangan warga ATM disamping memupuk semangat perpaduan.

Johan kategori remaja dimenangi oleh Wan Muhammad Naufil Wan Rozali, Johan kategori 30 tahun kebawah lelaki dan wanita pula dimenangai oleh Sjn Izkiel Rangang dan LU II Nur Farahana Musa.

Kategori 31 tahun keatas lelaki dan wanita dimenangi oleh Kpl Muhammad Asdi Weding dan Kapt Narizan Abdul Majid manakala kategori 50 tahun keatas dimenangi oleh Lt Kol Mazlan Sahlan

Turut hadir Ketua Pengarah KAGAT, Mej Jen Dato’ Hj Kamarudin Hj Mamat, pegawai-pegawai kanan ATM, pegawai-pegawai ATM dan anggota Lain-lain Pangkat ATM.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online