KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Laut (PTL) Laksamana Tan Sri (Dr). Abdul Aziz Hj Jaafar melakukan kunjungan hormat kepada Panglima Tentera Darat (PTD) Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor bertempat di Pejabat Panglima Tentera Darat pada 9 Nov 2015.
Kunjungan hormat adalah bersempena persaraan beliau setelah 59 tahun berkhidmat dan memegang tampok kempimpinan PTL Ke-15 sejak dari tahun 2008 hingga kini.
Turut hadir, AKS Cawangan Sumber Manusia, Mej Jen Dato’ Shahrani Mohd Sany, AKS Perisikan Mej Jen Dato’ Hj Khlir Hj Mohd Nor, AKS OPLAT Mej Jen Dato’ Mohd Ramli Jaafar serta pegawai-pegawai kanan TD.