HUTSemasa

MMR Pegawai KRD

KUALA LUMPUR: Seramai 412 pegawai dan pasangan menghadiri Majlis Makan Malam Rejimental (MMR) Pegawai Kor Risik Diraja (KRD) sempena Hari Ulang Tahun KRD Ke-46 yang disempurnakan oleh Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan (KPPP), Lt Jen Datuk Abdul Hadi  Hj Hussin diiringi  Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) bertempat di Hotel Shangri-La pada 9 Nov 2015.

Dalam ucapan KPPP beliau berkata matlamat utama MMR ini diadakan adalah untuk menyuburkan sistem pemerintahan rejimental serta meneguhkan ukhuwah yang terjalin diantara pegawai dan warga KRD.

Selain itu, beliau menambah bahawa pemergian para pegawai yang akan bersara kelak adalah satu pengertian bahawa KRD kehilangan satu kelompok kepimpinan yang berpengalaman serta telah banyak menyumbang kepada perkhidmatan dan ianya merupakan satu proses yang lumrah dimana terdapatnya peralihan dari satu generasi ke generasi dalam organisasi KRD.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Mej Jen Dato’ Mohd Sobri Paridaluddin Ismail, Asisten Ketua Staf Perisikan, Mej Jen Dato’ Hj Khlir Hj Mohd Nor, Ketua Unit Task Force Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP), Mej Jen Dato’ Mohd Noor Osman dan Ketua Unit Khas Pejabat Peguam Negara, Mej Jen Ghazali Hj Ismail.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online