KUALA LUMPUR: Seramai 86 Pegawai Kanan Tentera Darat (TD) dinaikkan pangkat dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TD yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor bertempat di Wisma Perwira TD pada 20 Nov 2015.
Pemakaian pangkat dimulakan dengan kenaikkan pangkat Mej Jen dimulai oleh Brig Jen Dato’ (Dr) Hj Mohd Ilham Hj Haron, Brig Jen Dato’ Hasanudin Mustaffa, Brig Jen Dato’ Abd Aziz Hj Abdullah, dan Brig Jen Dato’ (Dr) Hjh Roshidah Ishak.
Seterusnya seramai lima pegawai berpangkat Kol dinaikkan pangkat ke Brig Jen dan 12 pegawai kanan berpangkat Lt Kol dinaikkan pangkat Kol manakala seramai 61 pegawai berpangkat Mej dinaikkan pangkat Lt Kol.
Dalam ucapan PTD, beliau mengucapkan tahniah dan berharap dengan kenaikkan pangkat ini dapat memberi semangat dan dorongan kepada mereka yang dinaikkan pangkat agar dapat menaikkan lagi imej serta nama TD dan berterima kasih kerana sedar akan tentangan terbaru yang berlaku dalam TD dan juga diseluruh dunia sekarang iaitu IS.
Saya bangga kerana anda semua mempunyai satu sudut pandangan yang melihat mengenai kepentingan perkara ini di dalam perkhidmatan dan sama-samalah kita lakukan apa yang terbaik bagi menentukan landasan TD tidak diganggu gugat oleh anasir-anasir ini,” tegasnya
Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi, Panglima Medan Barat Lt Jen Dato’ Sri Zulkiple Kassim, Panglima Medan Timur, Lt Jen Datuk Mohd Zaki Hj Mokhtar , Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan (KPPP), Lt Jen Datuk Abdul Hadi Hj Hussin, Ketua Pengarah Bahagian Perkhidmatan Kesihatan , Lt Jen Datuk (Dr) Hj Abd Razak Hj Md Yusoff dan isteri pegawai yang dinaikkan pangkat.