SemasaTrup TD

38 Pegawai Dan Anggota LLP Tamat Asas Komando

MELAKA: Seramai 7 pegawai dan 31 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari pelbagai kor Tentera Darat (TD) dianugerahkan Beret Hijau dalam Perbarisan Penutup Kursus Asas Komando Siri 2/2015 yang disempurnakan oleh Panglima Latihan Tentera Darat (PLTD) Mej Jen  Dato’ Suhaimi Hj Mohd Zuki bertempat di Pantai Betutu Laut pada 21 Nov 2015.

Pelaksanaan Kursus Asas Komando ini adalah untuk memilih pegawai dan anggota LLP TD yang betul-betul layak untuk berkhidmat di dalam Grup Gerak Khas (GGK) yang mana kursus ini berlangsung selama tiga bulan dan dipecahkan kepada lima peringkat merangkumi peringkat kem, hutan, paya, laut  dan penutup.

Dalam ucapan PLTD, beliau mengingatkan kepada warga GGK dan penuntut kursus agar sentiasa berusaha menambah segala kemahiran dan ilmu yang sepatutnya serta sentiasa berlatih untuk menghadapi sebarang ancaman samada dalaman mahupun dari luar.

Peperangan masa hadapan sentiasa berubah dan kompleks, kekurangan sumber manusia dalam angkatan tentera akan memaksa saudara-saudara untuk lebih waspada dan bersedia diaturgerakkan pada bila-bila masa dan  ianya juga akan memaksa kita menggunakan pelbagai cara samada conventional dan unconventional atau penggambungan kedua-duanya sekali.”katanya

Penuntut terbaik dinobatkan kepada Lt. M Mohamad Hairul Md Salleh dari Batalion Ke 17 Rejimen Askar Melayu Diraja Para.

Turut hadir, Panglima 21 GGK Brig Jen Dato’ Effendi Hj Ab Karim, Pengarah GGK Brig Jen Fadzil Tajudin, Veteran GGK dan keluarga penuntut kursus.

Gambar: SSjn Mohd Shahril Mat Ali

[box type=”info” align=”” class=”” width=””]Gambar-gambar di sekitar Penutup Asas Komando Siri 2/2015 di Galeri Foto[/box]

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online