Semasa

Program Jiwa Murni 17 RAMD (Para)

LABUAN: Batalion Ke-17 Rejimen Askar Melayu Diraja Para (17 RAMD Para) mengadakan Program Inisiatif Bertanya Khabar dan Jiwa Murni di Kg Lajau dari 1 hingga 3 Mei 2018.

Program tersebut mendapat sambutan dan sokongan dari masyarakat setempat yang bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama dan membina hubungan silaturrahim dalam kalangan warga tentera dengan orang awam.

Selain itu ianya dapat melahirkan nilai-nilai kerohanian dan kesedaran dalam diri warga pasukan demi membentuk sahsiah diri yang unggul.

Acara bermula dengan aktiviti gotong-royong membersihkan Tanah Perkuburan Islam Kg Lajau dan minum pagi bersama-sama penduduk kampung yang hadir.

Program diteruskan pada 3 Mei 2018 dengan Majlis Ramah Mesra Warga 17 RAMD (Para) Bersama Masyarakat Setempat di Masjid Sultan Muhammad V, W.P Labuan.

Majlis tersebut bersempena Malam Nisfu Syaaban dan menyambut kedatangan Ramadhan dengan pelbagai acara seperti merewang, solat berjemaah, tahlil, ceramah agama serta makan malam.

Turut hadir Pegawai Memerintah 17 RAMD (Para), Lt Kol Anwar Zamani Jusop, Ketua Kampung Kg Lajau, Muhammad Yaakob, Pengerusi Masjid Sultan Muhammad V, Ustaz Agku Bolkhizan A Ahmad Thani, AJK Kg Lajau, AJK Masjid, warga 17 RAMD (Para) serta masyarakat setempat.

Gambar: Muhammad Dzulkarnain Mohd Redha Shah

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online