KUALA LUMPUR: Warga Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) menghadiri Ceramah Bulanan yang disampaikan oleh Felo Kanan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Ustaz Dr Mohd Farid Mohd Shahran bertajuk Pengukuhan Prinsip dan Dasar Akidah Islam Dalam Menghadapi Cabaran Semasa bertempat di Auditorium KEMENTAH pada 17 Feb 2016.
Ceramah ini adalah anjuran bersama Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), Kelab Kakitangan Awam Kementerian Pertahanan (KAKEP) dan Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Awam Islam (PKPAI) yang ingin mengingatkan kepada semua warga KEMENTAH agar tidak mudah leka serta alpa dengan fitnah akhir zaman yang lebih mencabar.
Objektif ceramah adalah sebagai satu inisiatif dalam membentuk serta mengekalkan semangat dan teras spiritual untuk menghadapi cabaran dalam penugasan seharian seperti memperhebat amalan utama iaitu solat lima waktu.
Turut hadir Inspektor Jeneral (IJ), Mej Jen Dato’ Abu Muslim Ismail, pegawai dan anggota LLP ketiga-tiga cabang perkhidmatan.