JOHOR: Menteri Pertahanan (MENHAN) Dato’ Seri Hishamudin Tun Hussein diiringi oleh Panglima Tentera Laut Laksamana Dato’ Seri Panglima Ahmad Kamarulzaman Hj Ahmad Badaruddin merangkap Pemangku Panglima Angkatan Tentera (PAT) dipertontonkan dengan ujian peluru berpandu aras rendah (VSHORAD) yang juga sistem pertahanan udara baru yang dimiliki oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertempat di Lapang Sasar Bumi ke Udara, Tanjung Logok pada 28 Mac 2016.
Objektif ujian latihan misil yang pertama kalinya diadakan adalah untuk meningkatkan keyakinan rakyat terhadap keselamatan serta pertahanan negara, melindungi High Value Target dan Area of Interest serta perpindahan teknologi kepada industri pertahanan negara malahan ujian ini dilaksanakan bagi meningkatkan kompetensi Jurumisil dalam pengendalian sistem misil Starstreak dan tidak ketinggalan memberi pendedahan kepada penuntut Kursus Operator Misil Starstreak dalam melaksanakan latihan tembakan bagi menguji kemahiran serta keupayaan melaksanakan operasi dalam pelbagai situasi.
Sistem persenjataan Starstreak adalah inventori terbaru ATM bagi menggantikan sistem misil Starburst yang telah usang (obsolete), ekoran itu teknologi ini juga merupakan sistem pertahanan udara yang berkelajuan tinggi hampir ke 1,000 meter sesaat disasarkan dari permukaan ke udara (surface to air missile) serta akan diaplikasikan oleh ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM dan bakal ditempatkan di lokasi-lokasi strategik seluruh negara.
MENHAN dalam ucapannya menyatakan bahawa perolehan sistem pertahanan terbaru ini merupakan salah satu inisiatif yang dirancang di bawah Teras Kesiapsiagaan yang menjadi hala tuju dan fokus Kementerian Pertahanan tahun ini demi meningkatkan keupayaan pertahanan negara.
“Kementerian Pertahanan sentiasa fokus dan komited dalam mempertahankan kedaulatan tanah air serta akan terus memastikan keselamatan terpelihara daripada sebarang ancaman”, tegasnya.
Turut hadir Timbalan Menteri Pertahanan Dato’ Wira Mohd Johari Baharum, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi, Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Panglima Tentera Udara (PTU), Jen Tan Sri Dato’ Seri Roslan Saad, Timbalan Ketua Setiausaha Pembangunan Kementerian Pertahanan, Dato’ Dr Rothiah Hj Omar, pegawai kanan TD dan anggota Lain-Lain Pangkat.
Saya.salah seorang rakyat negara ini. Saya seorang.pengundi. Aruah.abah saya seorg anggota keselamatan dr zaman konfrantasi,darurat hingga awal 70-an.Aruah abang 2saya juga anggota keselamatan. Tapi saya tak tahu apa tentang hal-ehwal keselamatan.juga pertahanam negara. Cuma satu sayà haràpkan.Iaitu pimpinan2.yg bnr2 jujur, suci hati dlm menggalas tanggungjawab. Untuk itu ,doa sqya mengiringi mrk dunia dan akhirat. Saya harap apa yg mrk rancangkan adalah.seperti bumi Malaysai ini sebuah kapalperang yg.bertahan dgn segala senjata menembak dan membinasakn pesawat udara dilangit, kpl-selam dan kpl-perang ditenggelam bersama isi nya tidak sempat.berlabuh apalagi memijak bumi.
Selain Dari Peningkatan Aset Rej Artileri,kesiapsiagaan pasukan simpanan perlu dipertingkatkan agar mewujudkan imbang duga kemahiran tempur seiring angkatan tetap,Contohi Negara Maju Angkatan Simpanan Juga Diaturgerak ke Medan tempur,Aset Senjata Dan Mobiliti Sama Spt angkatan tetap?Hentikan Pangkat Kehormat Kpd Org Yg x layak terima…merugikan