SemasaWanita TD

Serah Menyerah Tugas Pengerusi JKHEWTD

KUALA LUMPUR: Seramai 150 pegawai dan anggota Lain-lain Pangkat (LLP) wanita Tentera Darat (TD) menghadiri Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita Tentera Darat (JKHEWTD) di antara Brig Jen Dato Norhuda Ahmad dengan Brig Jen Suriakala Suriabagavan disaksikan oleh Asisten Ketua Staf Sumber Manusia merangkap Penasihat Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita TD, Mej Jen Dato’ Hj Jalaluddin Hj Manan di Wisma Transit pada 14 Feb 2017.

Dalam ucapan Penasihat JKHEWTD, beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada Brig Jen Dato Norhuda Ahmad di atas jasa dan bakti beliau semasa memegang jawatan Pengerusi JKHEWTD selama dua tahun dan berharap supaya dengan pelantikan pengerusi baharu ini dapat menambahbaik hal ehwal wanita TD meliputi semua aspek yang telah dilaksanakan oleh mantan Pengerusi JKHEWTD.

Terdahulu dari itu, majlis dimulakan dengan ceramah bertajuk “Menangani Masalah Body Mass Index (BMI) di kalangan Wanita TD dan Kesedaran Gaya Hidup Sihat” yang disampaikan oleh Mej (Dr) Mohd Fitri Musa dari Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan serta Brig Jen Dato’ (Dr) Zahari Jusoh dari 91 Institut Perubatan Penerbangan (IPP).

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online