NEGERI SEMBILAN: “Tentera Darat semakin hari semakin teguh dan cemerlang dalam mendukung aspirasi negara dan rakyat, meskipun bertukarnya pemerintahan dan kepimpinan TD tetap unggul dengan visi serta misinya yang tidak berganjak walau sedikitpun demi mendepani pelbagai spektrum cabaran dan ancaman,” ucap Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri Dr. Hj Zulkifeli Mohd Zain semasa Perbarisan Penghargaan beliau bertempat di Padang Padang Kawad Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) pada 17 Nov 2016.
Terdahulu dari itu, ketibaan PAT disambut oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan menerima tabik hormat dari Kawalan Kehormatan Utama dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD) di susuli nyayian lagu TD lalu memeriksa kontijen perbarisan.
Perbarisan Penghargaan oleh Tentera Darat (TD) ini, merangkumi 17 kontijen dari kesemua kor dalam TD melibatkan 58 pegawai dan 2020 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) yang bertujuan menghargai jasa yang telah dicurahkan oleh PAT selama 44 tahun berkhidmat di dalam ATM serta memberi tabik hormat dan penghargaan terakhir sebelum beliau bersara dari perkhidmatan pada Dis ini.
Selain dari itu, beliau mengingatkan kepada warga TD untuk mendapat pengiktirafan sebagai sebuah organisasi yang cemerlang dan terbaik perlulah terus berusaha meningkatkan tahap profesionalisme diri masing-masing agar kepercayaan rakyat jelata terhadap keupayaan TD merupakan satu wadah yang mesti dijaga disamping menghidari sikap tamak haloba dan penyakit hasad dengki yang boleh merosakkan organisasi.
Turut hadir Timbalan PTD, Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi, Panglima Medan Barat TD, Lt Jen Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim, Panglima Medan Timur TD, Lt Jen Datuk Mohd Zaki Mokhtar, Ketua Eksekutif MIDAS, Lt Jen Datuk Azizan Md Delin, Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan,Lt Jen Datuk Abdul Hadi Hj Hussin, Ketua Pengarah Kesihatan, Lt Jen Datuk Dr Hj Abdul Razak Md Yusoff, Panglima 3 Div, Mej Jen Dato Hasagaya Abdullah dan pegawai-pegawai kanan TD.
Gambar: Kapt Ahmad Farhan Hassan, PW II Mohd Shahril Mat Ali, Sjn Saiful Fazley Rusli dan Sjn Vijay Gaundar Arikrishnan