KELANTAN: Markas Briged Kelapan Infantri Malaysia telah menerima kunjungan daripada Lt Jen Piyawat Nakwanich, Panglima Tentera Bahagian Ke-4, Royal Thai Army (RTA) pada 22 Mei 17.
Kehadiran beliau dan deligasi yang bersempena Sembah Mengadap beliau serta Penyerahan Sayap Kehormat Royal Thai Army kepada Yang Maha Mulia Dr Tengku Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra, Pemangku Raja Kelantan di Istana Kota Lama, Kota Bharu telah disambut oleh Panglima 8 Briged, Brig Jen Nazari Abd Hadi bersama-sama Panglima 2 Divisyen, Mej Jen Dato’ Mohd Ramli Jaafar.
Selain daripada itu, siri kujungan ini secara tidak langsung merupakan salah satu usaha dalam mempereratkan hubungan yang terjalin di antara TDM dan RTA bagi mengukuhkan kerjasama serta mengekalkan keselamatan di sempadan Malaysia Thailand.
Turut hadir adalah Konsulat Jenderal Thailand di Malaysia, Dr Paitoon Songkaeo.