Bersama PemimpinLatihanSemasa

Eksesais HARIMAU SHAKTI Perkukuh Hubungan Pertahanan Malaysia dan India

JOHOR: Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Datuk Seri Mohammad Ab Rahman hadir dalam acara Penutup Eksesais HARIMAU SHAKTI Siri 4/2022 yang diadakan di Kem Wawasan Negara Gunung Pulai pada 9 Dis 2022.

Seramai 16 pegawai dan 114 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari Batalion Kelima Rejimen Askar Melayu Diraja (5 RAMD) serta 17th Garhwarl Rifles Indian Army terlibat sepanjang eksesais dilaksanakan.

Terdahulu, Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Bgd) telah dilantik sebagai penganjur eksesais berkonsepkan Counter Insurgency Warfare (CIW) secara Cross Training Exercise bermula dari 2 hingga 9 Dis 2022.

Eksesais Bilateral Malaysia-India dilaksanakan bertujuan menguji kemahiran dan berkongsi pengalaman bersabit pelaksanaan operasi serta peperangan di kawasan hutan sekaligus mengukuhkan kerjasama pertahanan di antara kedua-dua buah negara.

Selain itu, Cawangan Anjing Perang dan Trap Clearance Team turut serta dalam eksesais ini bagi memberi penjelasan tugas dan peranan masing-masing sebagai pendedahan kepada situasi peperangan sebenar.

Di penghujung eksesais, atur gerak serangan akhir terhadap khemah musuh telah dilaksanakan dengan jayanya melibatkan kolaborasi pasukan 5 RAMD dengan 17th Garhwarl Rifles Indian Army diikuti acara penutup yang disempurnakan oleh Vice Chief of Army Staff Indian Army (VCOAS), Lt Gen Baggavalli Somashekar Raju.

Turut hadir, Panglima Divisyen Ketiga Infantri Malaysia, Mej Jen Dato’ Rashidin Hashimi Abd Rashid, Panglima 7 Bgd, Brig Jen Suria Mohamad Saad, Defence Adviser High Commisioner of India in Malaysia, Col Sanjeev Sarma.

Gambar: Pbt Tuan Mohammad Farizal Tuan Dir

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online