JOHOR: Program Gotong Royong anjuran MBJB telah dilaksanakan di Tanah Perkuburan Kg Kurnia yang dirasmikan oleh Puan Hjh Saadiah bin Husin selaku Ahli Majlis MBJB Zon 14 melibatkan sebanyak 3 orang pegawai dan 62 orang anggota Lain-Lain Pangkat yang diketuai oleh Pegawai Pemerintah dari pasukan 7 Wksp pada 21 Mei 17.
Program yang bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan di antara anggota tentera dan masyarakat setempat selain mengekalkan kebersihan kawasan perkuburan.
Selain daripada ATM turut serta dalam program ini adalah PDRM dan Jawatankuasa Masjid Kg Kurnia.
Gambar: 7 Wksp