AgamaRencana

Memburu Lailatulqadar

[jaw_dropcap]Bulan Ramadan[/jaw_dropcap] merupakan penghulu segala bulan dan sekali gus terkenal sebagai syahrul ibadah (bulan ibadah). Satu bulan yang memberi peluang atau dikhususkan kepada seluruh umat Nabi Muhammad untuk memperbanyak dan mempertingkatkan prestasi segala bentuk ibadah dengan ganjaran yang berlipat ganda.

Sememangnya Ramadan tidak terhad untuk ibadat puasa dan solat tarawih sahaja. Sebaliknya, banyak lagi jenis ibadah dan amal kebajikan lain yang sepatutnya dilaksanakan dalam usaha memanfaatkan Ramadan yang sangat terhad masanya. Pengimarahan Ramadan boleh juga dilakukan dengan membaca atau bertadarus Al-Quran, memperbanyakkan sedekah, beriktikaf dan lain-lain lagi. Perkara yang paling utama ialah memburu Lailatulqadar yang hanya sekali dalam setahun dan hanya terdapat pada bulan Ramadan sahaja.

Lailatulqadar merupakan malam yang paling istimewa dalam bulan Ramadan. Malam yang dilipatgandakan ganjaran kebaikan sehingga Allah SWT mengungkapkannya dengan firman yang bemaksud:

Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada Lailatulqadar. Tahukah anda Lailatulqadar itu? Lailatulqadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Turunlah malaikat dan roh (Jibril) padanya dengan izin Tuhan mereka. Selamatlah malam itu sehingga terbit fajar”. (Surah Al-Qadar: 1-6)

 Lailatulqadar merupakan malam yang penuh dengan keistimewaan dan hanya berlaku pada bulan Ramadan setiap tahun. Pada malam tersebut, Allah SWT menganugerahkan keberkatan, kemuliaan, kerahmatan dan kesejahteraan khususnya kepada umat Nabi Muhammad. Menurut jumhur ulama, Lailatulqadar merupakan malam yang paling utama berbanding dengan malam-malam yang lain. Malam kesejahteraan dari permulaan sehingga terbit fajar. Lantaran itulah, ia dikira lebih baik daripada 1000 bulan atau 83 tahun 4 bulan yang menurut kebiasaannya menjadi jangka hayat manusia. Seolah-olahnya digambarkan bahawa malam tersebut lebih baik daripada kehidupan kita seumur hidup, bahkan lebih daripada itu.

Para ulama dan ahli tafsir berbeza pendapat dalam mendefinisikan kalimah al-Qadar, antaranya ialah:

  1. Az-Zuhri yang berkata: “Al-Qadar bererti keagungan, kebesaran, kemulian atau kedudukan”.
  1. Ibnu Qutaibah berpendapat bahawa al-Qadar bererti hukum atau ketentuan yang segala sesuatu ditentukan padanya.
  1. Sayyid Qutb dalam Tafsir Fi Zilal Quran mangatakan bahawa al-Qadar bererti takdir, ketentuan dan ketetapan padanya.
  1. Prof Dr Hamka mengungkapkan dalam Tafsir al-Azhar bahawa Lailatulqadar bererti malam kemuliaan yang tinggi daripada Allah kepada Nabi Muhammad SAW kerana itulah permulaan malaikat Jibril a.s menyampaikan wahyu kepada baginda Nabi SAW.
  1. Di dalam kitab Misykatul Anwar disebutkan bahawa kalimat al-Qadar bererti sempit iaitu pada malam itu bumi menjadi sempit kerana dipenuhi oleh para Malaikat yang turun ke bumi.
  1. Dalam Tafsir At-Tibyan dijelaskan bahawa Lailatulqadar bererti malam yang penuh kemuliaan, kebesaran kerana pada malam itu permulaan turunnya Al-Quran.
  1. Dr. T. M. Hasbi Ash Shiddieqy mengertikan Lailatulqadar sebagai malam yang penuh berkat yang mempunyai keistimewaan, malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bahkan seumur hidup manusia.

Walau apapun definisi dan pengertian yang dinyatakan terhadap lailatulqadar, seluruh ulama dan ummah bersepakat bahawa ia merupakan satu kurniaan Allah SWT yang khusus untuk umat Nabi Muhammad yang mengandungi keutamaan, kelebihan dan keistimewaan yang tertentu.

Antara keistimewaan Lailatulqadar ialah:

  1. Penurunan Al-Quran. Al-Qadhi Abu Tayyib mengatakan bahawa Allah SWT menurunkan Al-Quran pada malam al-Qadar dari Luh Mahfuz ke langit dunia, kemudian diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW ayat demi ayat dan surah demi surah yang penuh maslahah dan hikmah.
  1. Malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Lailatulqadar ebih baik daripada seribu bulan dengan berpuasa pada siangnya dan berdiri solat pada malamnya serta diikuti dengan pelbagai ibadah lain seperti tilawah al-Quran, berzikir, berdoa dan sebagainya. Ganjaran pahalanya digandakan sehingga melebihi nilai ibadat seribu bulan.
  1. Para malaikat turun memabawa rahmat daripada Allah SWT. Semasa Lailatulqadar Allah SWT memerintahkan para malaikat-Nya turun ke bumi membawa rahmat kepada manusia.

Justeru, seluruh umat tidak wajar untuk membiarkan sahaja tawaran daripada Allah SWT ini. Janganlah disia-siakan peluang yang ada dengan aktiviti yang tidak bermanfaat dan melalaikan.

Kejayaan biasanya tidak mungkin diraih melainkan dengan susah-payah, maka berkat usaha dan ketekunan kita beribadah dengan penuh ikhlas bagi mendapatkan Lailatulqadar hendaknya dikabulkan oleh Allah SWT.

Sama-samalah kita berusaha untuk meningkatkan ibadah dan taat kepada Allah SWT melalui apa jua peluang dan kesempatan yang ada. Semoga Ramadan mengembalikan kita kepada fitrah dari sudut asal usul kita yang diciptakan di syurga.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

RTP Live

Situs Slot Bet Kecil

Slot Online

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

slot bet kecil

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

slot pulsa

slot depo pulsa 10k

demo slot pragmatic

slot bet kecil

Sbobet

Slot Gacor

Bonus New Member

Slot Gacor

RTP Slot

Situs Judi Slot Terbaik dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

bonus new member

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Bonus

bonus new member

sicbo online