KULALA LUMPUR: Seramai 27 peserta tadarus dibawah naungan Markas Tentera Darat (MK TD) terdiri dari tujuh lelaki dan 20 wanita terlibat dalam Majlis Khatam Al-Quran dan Penyampaian Cenderahati Peringkat MK TD yang disempurnakan oleh Asisten Ketua Staf Perisikan, Mej Jen Dato’ Hj Khlir Hj Mohd Nor bertempat di Surau Al-Hidayah Kementerian Pertahanan pada 10 Jul 2015.
Program Tadarus Al-Quran ini diadakan bertujuan memuliakan bulan Ramadhan selain ianya dapat memperbaiki mutu bacaan dan memperbetulkan bacaan qari (si pembaca) jika terdapat lafaz-lafaz atau bacaan yang tidak betul dalam kumpulan.
Dalam ucapan AKS Perisikan beliau menyeru kepada semua supaya mengambil peluang di bulan yang mulia ini agar melakukan amal ibadah dan mengambil kesempatan memperbanyakkan amalan solat dan membaca Al-Quran supaya memperoleh keberkatan dari Allah SWT.
“Di bulan yang mulia ini janganlah kita leka serta berseronok sebaliknya sebagai manusia kita perlu mengawal nafsu yang dikawal oleh akal yang sentiasa memikirkan perkara yang tidak baik sebaliknya dengan iman yang kukuh semuanya itu dapat dikawal dengan sempurna,”tegasnya.
Turut hadir Ketua Pegawai Semboyan, Brig Jen Dato’ Ahmad Hadiatullah Maknun Hj Ridzuan, Pengarah Gerak Khas, Brig Jen Fadzil Tajudin dan Pengarah Kor Polis Tentera Diraja (KPTD), Kol Hj Kamarudin Hj Mustapha.