MINDEFSemasa

Solat Tahajud Bukti Kekuatan Islam

KUALA LUMPUR: Warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menghadiri  Forum Maal Hijrah Peringkat ATM yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara (PTU), Jen Tan Sri Dato’ Sri Roslan Saad bertempat di Masjid Khalid Al-Walid pada 28 Okt 2015.

Forum dipengerusikan oleh Pegawai Staf 2 Tarbiah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) Mej Mohd Jihadi Hj Ahmad bersama ahli panel iaitu Ust Dr. Mohd Izhar Ariff Mohd Kassim dan Ustazah Shadiya Abbas dengan tema Maal Hijrah iaitu ‘Perpaduan Nadi Transformasi ATM’.

Ust Dr. Mohd Izhar Ariff Mohd Kassim berkata kehebatan solat malam (Tahajud) terbukti semasa Peperangan Badar dimana Rasulullah hanya memilih anggota tenteranya dari kalangan para sahabat yang bangun di malam hari mengerjakan ibadah sebagai salah satu persediaan untuk menghadapi sesebuah peperangan dimana Tentera Islam menang dengan kekuatan anggota sebanyak 300 anggota menentang musuh yang berkekuatan seramai 1000 orang.

Dalam ceramah Ustazah Shadiya Abbas pula, beliau menceritakan tentang bantuan daripada srikandi Islam yang turut menyumbang tenaga dan keberanian dalam medan perang iaitu Saidatina Shafiah Abdul Mutalib iaitu saudara kepada Saidina Hamzah Abdul Mutalib di mana beliau memukul askar yahudi dengan tongkat sehingga mati setelah ternampak seorang askar yahudi menyusup masuk ke kubu pertahanan Islam.

Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi, Timbalan Panglima Tentera Laut (TPTL), Laksamana Madya Dato Seri Panglima Ahmad Kamarulzaman Ahmad Baharudin, Pegawai-pegawai Kanan ATM, dan anggota Lain-lain Pangkat (LLP).

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online