SemasaTrup TD

Raja Muda Perlis Dipertonton Keupayaan 10 Bgd Para

MELAKA: Seramai 120 pegawai dan 880 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) 10 Briged Para terlibat dalam Majlis Demonstarsi Keupayaan Para yang dirasmikan oleh  Raja Muda Perlis, Brig Jen Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tunku Syed Sirajuddin Jamalulail bersama Raja Puan Muda Perlis,Tunku Hjh Lailatul Shahreen Akashah Khalil bertempat di ParaWood 8 Rejimen Renjer Diraja (RRD) Para pada 29 Okt 2015.

Acara dimulakan dengan pertunjukan payung terjun bebas dari Tim Penerjun Bebas Kompeni PANDURA diikuti ­acara Para Ground Traning, Freefall, Repelling/Abseiling/Fast Roping, Tempur Tanpa Senjata (TTS), Renang Tempur dan Tactical Combat Casualty Care (TCCC).

Dalam ucapan Raja Muda Perlis, beliau menyatakan ancaman masa kini adalah daripada pelbagai dimensi dan sentiasa wujud di dunia tanpa sempadan termasuklah bentuk ancaman tidak lagi bersifat tradisional serta ancaman pelbagai bentuk yang merangkumi keganasan, jenayah rentas semnpadan, penyeludupan berupa manusia, barangan, dadah serta senjata.

Bekerjalah sebagai satu pasukan untuk memperolehi yang terbaik dalam apa jua misi, menjaga nama baik dan imej pasukan, menyumbang sesuatu kecemerlangan pasukan di dalam semua aspek penugasan dan bersedialah berkorban demi negara tercinta” tegasnya.

Turut hadir Asisten Ketua Staf Cawangan Operasi dan Latihan MKTD, Mej Jen Dato’ Ramli Jaafar, Panglima 3 Div, Mej Jen Datuk Wira Zamrose Mohd Zain, Panglima 10 Bgd Para, Brig Jen Hasagaya Abdullah.


« 1 of 3 »

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online