Bersama PemimpinHUTSemasa

MMR PTTK KRD

KUALA LUMPUR: Pengarah Kor Risik Diraja (KRD), Kol Mahmud Ahmad menyempurnakan Majlis Makan Malam Rejimental (MMR) Pegawai Tidak Tauliah  Kanan (PTTK) sempena Hari Ulang Tahun KRD Ke-46 yang dihadiri seramai 420 PTTK KRD bersama pasangan diiringi Pancaragam Pusat Renjer bertempat di Dewan Tun Dr. Ismail, PWTC pada 16 Nov 2015.

Dalam ucapan Pengarah, beliau menyatakan bahawa warga KRD seharusnya bersyukur kerana masih diberi kepercayaan untuk memikul amanah sebagai tunggak utama dalam mengesan, mencegah dan juga membanteras ancaman keselamatan demi memelihara kemanan dan kedaulatan negara.

“Pucuk pimpinan KRD telah menetapkan sasaran dan hala tuju yang jelas kepada kita semua dan kita haruslah berbangga dengan kejayaan dalam penambahbaikkan dan penstrukturan penjawatan KRD”, ujarnya.

Turut hadir Pegawai Staf 1 Am Anggota, Lt Kol Mohd Raslam Hj Dollah, Sarjan Mejar Rejimen KRD, PW I Omar Saad.

Gambar: Luqmanul Arif Abdul Karim

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online