Bersama PemimpinMINDEFSemasa

Hari Inovasi Kementerian Pertahanan Tahun 2015

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan (MENHAN), Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein merasmikan Sambutan Hari Inovasi Kementerian Pertahanan 2015 bertujuan memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada semua Bahagian, Jabatan dan Markas yang mencapai tahap kecemerlangan dalam mencipta dan menghasilkan projek inovasi, bertemakan Melestarikan Inovasi, Memartabatkan Transformasi di Auditorium Wisma Pertahanan pada 15 Dis 2015.

Dalam Ucapan MENHAN, beliau menyatakan elemen kreativiti dan inovasi disarankan untuk menjadi salah satu pemangkin dalam setiap pelan perancangan serta program pembangunan negara dan memerlukan lebih daripada sekadar kekuatan serta kecekapan fizikal kerana ia menuntut kesabaran, kreativiti dan motivasi yang besar untuk memastikan keberjayaannya.

“Inovasi tidak seharusnya disempitkan kepada penghasilan teknologi atau produk yang bersifat fizikal semata-mata. Inovasi kini bukan hanya dikaitkan dengan penyelidikan dan pembangunan (R&D) sera penghasilan kertas kerja saintifik sahaja malah lebih daripada itu,” katanya.

Sebanyak lima kategori dipertandingkan pada tahun ini menyaksikan Johan Pengurusan Sumber Manusia MK 1 Div, Johan Pengurusan Projek MK Angkatan Kapal Selam TLDM, Johan Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Pusat Perkhidmatan Kejuruteraan Aerospace TUDM (PUSPEKA), Johan Pengurusan Kewangan MK Pemerintahan Bantuan Udara TUDM dan Johan Pengurusan Pelanggan MK Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat (MPL&DTD).

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Dato’ Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Hj Zulkifeli Mohd Zin, Panglima-panglima perkhidmatan, Timbalan-timbalan Ketua Setiausaha Kementerian.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button