Bersama PemimpinSemasa

Kenaikan Pangkat Pegawai Kanan TD

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri  Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Tentera Darat(TD) bertempat di Wisma Perwira TD pada 13 Jan 2015.

Majlis pada kali ini melibatkan seramai 29 pegawai daripada pelbagai Kor dan Rejimen dalam TD dimana acara dimulakan dengan kenaikan pangkat Brig Jen Dato’ Paduka Tengku Ahmad Noor Tuan Chik yang dinaikkan pangkat Mej Jen diikuti dengan Kol Hj Reduan Hj Omar dan Kol Baharuddin Ahmad yang dinaikkan pangkat Brig Jen.

Majlis diteruskan dengan pemakaian pangkat Lt Kol ke Kol seramai dua pegawai dan diikuti dengan kenaikan pangkat Mej ke Lt Kol seramai 24 pegawai.

PTD mengucapkan tahniah kepada semua pegawai kanan yang dinaikkan pangkat dan berpesan kepada semua pegawai TD agar sentiasa mempunyai keberanian untuk melontarkan pandangan serta idea yang bernas dan mantap dalam meningkatkan kualiti organisasi TD.

‘Saya menyeru kepada pegawai semua janganlah hanya sekadar pandai memegang pen dan mengambil catatan kerana perlakuan ini boleh menjejaskan kemantapan dan kehebatan yang telah sekian lama dibina oleh generasi terdahulu’, tegasnya.

Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat(TPTD), Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi, dan Ketua Staf Markas Tentera Darat (KS MKTD), Mej Jen Dato’ Shahrani Mohd Sany.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online