KUALA LUMPUR: Majlis Rantaian Kasih Setulus Ingatan anjuran Markas Divisyen Keempat Infantri Malaysia (4 Div) meraikan mantan BAKAT Darat dihadiri seramai 150 Ahli Jemaah Tertinggi Badan Amal Kebajikan Masyarakat Tentera (BAKAT) serta Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Darat, Puan Sri Norlida Hj Abdul Mubin bertempat di Rumah BAKAT Darat pada 3 Feb 16.
Objektif utama majlis diadakan adalah untuk meraikan seramai 22 ahli mantan BAKAT Darat yang telah melaksanakan tanggungjawab serta menabur jasa dan bakti yang sepenuhnya sepanjang mereka berkhidmat disamping mengekalkan hubungan silaturrahim yang telah terjalin lama.
Dalam ucapan Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT, beliau menzahirkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada mantan BAKAT yang sanggup memberikan komitmen untuk hadir ke majlis ini serta pengorbanan yang telah dicurahkan disepanjang penglibatan mereka dalam BAKAT.
Turut hadir Timbalan Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Darat, Datin Seri Noor Akmar Yaacob, Naib Pengerusi 2 Jemaah Tertinggi BAKAT Darat, Datin Noraihan Ibrahim dan wakil Ahli Jemaah Tertinggi BAKAT ATM