HUTSemasaTrup TD

Nuri Pertama Kali Sertai Perbarisan

NEGERI SEMBILAN: Helikopter pengangkut utiliti Sikorsky S-61A-4 atau dikenali umum sebagai Nuri melakar sejarah buat pertama kalinya menyertai perbarisan lintas hormat sempena Hari Tentera Darat Ke-83 bertempat di Padang Kawad Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) pada 1 Mac 2016.

Menurut Pegawai Memerintah Rejimen 882 Pasukan Udara Tentera Darat (Rej 882 PUTD), Lt Kol Mohd Shahril Abu Bakar, penyertaan yang julung pertama kali ini adalah bertujuan untuk mempamerkan penubuhan pasukan ini kepada seluruh warga TD serta masyarakat umum memandangkan tahun ini merupakan tahun pertama pasukan ini beroperasi setelah menerima 3 pesawat Nuri melalui proses peralihan pesawat ini dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada awal tahun 2016.

_MG_2755

“Tim Nukleus Rejimen 882 PUTD yang telah ditubuhkan dan diluluskan pada bulan Ogos 2015 berperanan sebagai Combat Utility untuk membantu TD dalam Air Mobile seperti Trooping, Penghantaran Logistik, Casevac and Medevac serta bantuan kemanusiaan sekiranya diperlukan,” ujarnya.

Ditanya apakah perkembangan dan pengoperasian Rej 882 PUTD, beliau menyatakan kini pasukan dalam usaha untuk melengkapkan tim nukleus ini terutamanya dari segi sumber manusia bagi menambah Juruterbang, Pembantu Juruterbang, Air Quartermaster (AQM)anak kapal serta Juruteknik Pesawat dan pada masa yang sama memberikan penumpuan terhadap aspek latihan melalui Program Induksi Nuri sebelum diisytiharkan sepenuhnya beroperasi yang dijangka pada penghujung tahun 2018.

Turut terlibat dalam penerbangan tersebut, Pengarah PUTD Kol Suhaimi Hussain TUDM, kumpulan Perintis juruterbang Nuri, Mej Airul Ezri Zulkefli, Mej Wan Mohd Hafizul Yusra Wan Yusuf, Mej Safari Mohamad Jamil dan Kapt Mohd Hanif Zolkifli serta anak kapal._MG_3001

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online