HUTSemasa

Hari TD Ke-83

NEGERI SEMBILAN:   Seramai 157 pegawai dan 3425 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari pelbagai Kor dan Rejimen Tentera Darat (TD) terlibat dalam Perbarisan Hari Tentera Darat Ke-83 yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri  Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor bertempat di Padang Kawad Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) pada 1 Mac 2016.

Perbarisan diketuai oleh Panglima Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat (PLDTD) Mej Jen Dato’ Tengku Ahmad Noor Tuan Chik  dan Penolong Ketua Perbarisan ialah Panglima 12 Bgd Brig Jen Mohd Nazri Abidin dengan sambutan pada kali ini masih  mengekalkan cogankata Tentera Darat Teguh Siaga, ATM Gah, ATM Perkasa.

Dalam ucapan PTD, beliau menyatakan rasa bangganya terhadap seluruh warga TD kerana tidak pernah membelakangkan segala keperluan serta sentiasa kehadapan dalam memberikan bantuan dan perkhidmatan kepada yang memerlukan.

‘Bendera yang berkibar itu bukannya disebabkan tiupan angin tetapi ia disebabkan oleh setiap hembusan nafas serta pengorbanan warga tentera darat yang berterusan berkorban dan mengabdikan diri demi agama, bangsa, dan kedaulatan negara’, ujarnya.

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat(TPTD), Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi, Panglima Medan Barat Lt Jen Dato’ Sri ZulKiple Hj Kassim, Pegawai Kanan TD, warga Veteran dan orang ramai.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online