Semasa

Perbarisan Penghargaan Mej Jen Datuk Mazelan Kasap

MELAKA: Seramai 27 pegawai dan 528 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari pasukan dibawah naungan Markas 10 Briged Para (MK 10 Bgd Para) terlibat dalam Perbarisan Penghargaan Mej Jen Datuk Mazelan Kasap bertempat di Padang Kawad Rejimen 17 Rejimen Askar Melayu Diraja Para (17 RAMD Para) pada 21 Mac 2016.

Terdahulu Mantan Ketua Staf Markas Tentera Darat itu yang pernah menjadi  Pegawai Memerintah di 17 RAMD Para menerima tabik hormat yang terakhir dari kontijen perbarisan bagi menghargai jasa yang telah dicurahkan oleh beliau selama 41 tahun  berkhidmat di dalam ATM serta memeriksa kontijen perbarisan dan dipertontonkan dengan Tarian Perang Para.

Dalam ucapannya beliau berasa terharu serta berbangga di atas persembahan perbarisan yang mantap dan segak serta mengucapkan terima kasih kepada Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor yang sudi hadir dalam perbarisan penghargaan tersebut.

” Saya begitu sebak melihat  anak-anak buah saya yang terdahulu turut hadir termasuklah mantan-mantan Peg Memerintah 17 RAMD yang menepati perintah ulung disuarakan oleh PTD iaitu Kesatuan yang mana sesebuah organisasi itu akan tempang, malahan akan jumud serta akan musnah jika tidak wujud kesatuan dan persatuan dikalangan kita dan perbarisan yang dipertontokan tadi mencapai perintah ulung PTD dari segi Profesionalisme,” katanya.

Turut hadir Panglima Medan Barat TD Lt Jen Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim, Panglima Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat (PLDTD) Mej Jen Dato’ Paduka Tengku Ahmad Noor Tuan Chik, Panglima 10 Bgd Para  Mej Jen Hasagaya Abdullah dan Asisten Ketua Staf Cawangan Sumber Manusia, Mej Jen Dato’ Suhaimi Hj Mohd Zuki.

 

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online